PENGURUSAN

PENGURUSAN

SURAU ini diletakkan di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Pentadbiran surau diketuai oleh Pengerusi dan dibahagikan kepada bahagian iaitu :
  1. Bahagian Pengurusan
  2. Bahagian Pengimarahan
Kedua-dua bahagian ini dipecahkan kepada unit-unit kecil yang lain pula. Bahagian Pengurusan dipecahkan kepada dua unit iaitu :
  1. Unit Perhubungan Awam, Multimedia dan Pusat Sumber
  2. Unit Pengurusan dan Sumber Manusia - dikenali juga sebagai Unit Pentadbiran dan Kewangan

Manakala bahagian Pengimarahan dipecahkan kepada tiga unit iaitu :
  1. Unit Dakwah dan Ibadah
  2. Unit Perkhidmatan Sosial
  3. Unit Pendidikan

Berikut diperincikan fungsi setiap unit tersebut : -
UNIT PENGURUSAN DAN SUMBER MANUSIA
(dikenali juga sebagai Unit Pentadbiran dan Kewangan)
Bertanggungjawab dalam menyediakan segala perkhidmatan kepada masyarakat dengan mesra, cekap dan berkesan disamping memantau serta menjaga keperluan semasa surau.
Aktiviti-aktiviti Unit :–
Pentadbiran
  1. Mengendalikan urusan surat-menyurat dan Sistem Pengurusan Fail dan Rekod.
  2. Menguruskan kenderaan jabatan dan pemandu.
  3. Menyelaras program tahunan serta laporan aktiviti Unit Pentadbiran dan Unit Pengimarahan surau.
  4. Mengatur mesyuarat/perjumpaan pengurusan dan penyelenggaraan surau.
  5. Mengawal selia kunci surau.
  6. Mengurus jamuan berbuka puasa dan modal sepanjang bulan Ramadhan.
  7. Mengatur tempahan jamuan bagi lawatan/mesyuarat/aktiviti surau.
  8. Mengurus dan menyelaras tempahan/sewaan kemudahan surau.
  9. Mengurus dan memantau Syarikat Penyelenggaraan surau.
  10. Menguruskan cucian ,  sejadah, alas meja dan langsir serta telekung .
  11. Mengurus dan menyelenggara aset, premis, inventori dan harta modal surau.
  12. Menyelia dan mengawal bekalan peralatan surau.
  13. Mengurus Pembelian Inventori surau.
Kewangan
  1. Merekod dan mengawal selia perbelanjaan di surau.
  2. Membantu menyelia bayaran saguhati penceramah surau.
  3. Mengurus terimaan/hasil kerajaan.
  4. Menguruskan pembukaan dan pengiraan duit tabung surau.
  5. Menyelaras laporan kewangan surau untuk dihantar ke JAIM.
  6. Memohon peruntukan tambahan.
  7. Memohon pindah peruntukan.
  8. Mengawal dan memantau Peruntukan Mengurus.
  9. Memberi khidmat nasihat kepada unit-unit di surau berkaitan perbelanjaan yang dikeluarkan.
  10. Mengurusetiakan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun surau
  11. Mengurusetiakan Jawatankuasa Pengurusan Aset surau
  12. Melaksanakan prosedur dan peraturan kewangan di surau